Copyrighted © ABAELQISHA | thedreamernotes.blogspot.com | 2013 - 2014 All Rights Reserved
98's memory 2012 in hostel
Wednesday, 26 December 2012
04:15
™
Assalamualaikum and hye earthlings :D
*Fuhhh fuhh* Berhabuk nya blog nie. Okay dah lama tinggalkan sebab cuti sekolah ni mana ada masa. Sibuk mengahadap twitter lah apa lah. Tak kurang dengan berjalan makan angin tu kan ? So macam mana cuti ? Best ? Jalan-jalan pergi mana je ? Okay cuti aku memang banyak dihabiskan di depan laptop je. Hahaha *ketawa hambar*
Ehhh apa title post tu ? 98's memory ? Hostel ? Okay hari ni nak kongsi sikit pasal kenangan tinggal dekat hostel. Okay kali ni agak berbeza sebab aku post pasal life experiences pulak. Alahhh takkan 24 jam nak cerita pasal cintan cintun sedih bagai. Aku pun bosan muak termuntah hijau nak menulis. Tahun 2012 juga ialah tahun terakhir aku jadi penghuni asrama. Bukan nya aku pindah ke apa cuma aku keluar je. Tapi sekolah still macam biasa jugak.
Okay dah ready nak baca cerita dongeng aku ? Okay sediakan popcorn dan air. Rapatkan saf. Bismillah....
Walaupun hanya dua tahun aku tinggal dekat asrama Z (bukan nama sebenar) tapi sebenarnya banyak benda yang dah sebati dalam hidup aku. Iyalah balik rumah pun bila cuti je. 2 minggu sekali baru jumpa family so boleh kira kebanyakkan masa kita habiskan dekat asrama.
Rutin dekat asrama memang lah hari-hari sama tapi sebenarnya itulah yang best. Makan minum tidur semua sebumbung. Bak kata Black *ketawa bersama , menangis bersama* . Siapa yang duduk asrama mesti faham kan maksud aku. Dekat asrama ni semua orang akan jadi family kita. Kalau dekat rumah kita ada ibu , ayah , kakak , adik atau abang. Dekat asrama kita pun ada jugak semua tu. Warden tu lah ibarat ibu ayah kita. Senior tu ibarat abang and kakak kita. Junior pulak macam adik kita. Makcik dm (dewan makan) macam jiran kita. See ? Lebih kurang kan ?
Yes jujur aku cakap kalau hidup dekat asrama ni ada pahit ada juga manis nya. Kalau jenis yang memang manja suka duduk bawah ketiak mama memang lah rasa asrama ni tak best.Tapi kalau jenis yang brutal tak kisah macam aku ni itu semua ada advantages nya. Kan seronok bila kita dapat kawan ramai and lebih banyak bergaul ? Lagi pun asrama ni kadang-kadang ada je budak dari negeri lain , daerah lain , bangsa lain so tak rasa untung ke kalau kita dapat tau culture mereka kalau lah ada budak Sabah berbangsa Iban dalam asrama tu ? Untung bahhh. Okay bahh :*
Dua tahun aku di asrama itu dah cukup untuk aku jadi lebih arif tentang perangai atau pe'el masing-masing. I mean kita dah tau lah seseorang punya personaliti macam mana. Aku suka bila ada sesuatu event yang memerlukan kita cooperate dengan senior or batch sendiri. Rasa seronok tau. Dari situ kita boleh tau macam mana seseorang ni comited dalam pekerjaan tu ataupun hanya buat donno goyang kaki macam boss.
Gaduh ? Tipu lah kalau takde. Bukan nak kata duduk asrama ni banyak gaduh or kes buli macam tu. For me duduk asrama kalau setakat kena suruh amik air or iron baju tu bukan apa-apa pun. Kena lah tough sikit. Bukannya kena tinggi suara sikit terus mengadu dekat mak . So ini peringatan untuk adik- adik yang nak masuk or terpaksa masuk. Hahaha. Duduk asrama jiwa mesti kental. Mesti apa ? KENTAL !!! K.E.N.T.A.L !!! Kalau ikut pengalaman aku , gaduh sesama kawan sebab salah faham itu sangat normal. Bukan rare pun. Itu cabaran dan dugaan dalam friendship. Ingat dalam couple couple je ada dugaan dengan pakwe makwe semua tu ? Dalam friendship dugaan nya lagi besar. So korang kena lah pandai bertolak ansur.
Air mata . Okay something yang korang kena tau is bila kita dah mula sebati dengan suasana asrama tu dengan mudah nya korang akan menangis bila ada perpisahan or something like that. I mean sedih lah. Well , aku menangis bila dari form 1 sampai form 6 kumpul then sesi bermaaf maafan semua tu. Seriously sedih gila. Sebab kita dah rapat. Like our own family kan ? Haaa kalau yang tak menangis tu bukan aku nak cakap tak sedih or what. maybe dia sedih tapi taknak tunjukkan . Who knows kan ?
Okay last thing is BARANG
terlarang . Hahaha cuak cuak *evil laugh*. Dekat asrama kalau takde kes ni memang tipu lah. Okay aku pernah buat salah and macam kata pepatah sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Bila dah salah so kena lah face the music. I mean terima hukuman sepatutnya. Dan sejujurnya aku ini memang degil tahap 28. Dah kena hukum still buat lagi. Okay tapi alhamdulillah sekarang dah taubat. So bukan aku nak larang or what. It's up to uolls. Pandai bawak pandai cover lah. Okay ini rahsia .Hahaha.
Haaa actually banyak lagi tau aku nak share tapi nanti karang uolls boring dengan post yang panjang berjelar-jelar ni. Okay i just wanna say aku akan rindu asrama Z next year. to all my friends and especially aspura aspuri 98 , uolls made my 2012 . So sesiapa yang nak adventure try lah duduk asrama. Yang lembut lembik macam sotong pun aku syorkan duduk asrama. Nanti sebulan kemudian mesti tough macam remy ishak. Hahaha okay thanks reading. xoxo
Copyrighted © ABAELQISHA | thedreamernotes.blogspot.com | 2013-2014 All Rights Reserved