you stumbled into http://thedreamernotes.blogspot.com/ :D
HELLO! You've visited to
http://thedreamernotes.blogspot.com/. This is My online diary, where all of my secrets revealed!
TAGBOARD? click
(at bunny). Follow me to read for latest updates about my blog!
Tumblr //
Facebook //
Twitter //
Instagram //
Ask.fm
Do inform me if you want to exchange link. Put mine as Abael.
Know Me More
find me at flavors.me/your-url
Amanda Baelqisha - 16-to-be. They said i aint no fun but how they can say it meanwhile they dont even know me? Peoples are always keep judging. After all, they just cant shut their mouth. So, try to open and read the book before you make your conclusion by judging the cover :))
5A upsr
rank 1 sdka
hlovate's novel
8A pmr
your wish
your wish
your wish
your wish
your wish
your wish
your wish
your wish
your wish
your wish
your wish
Copyrighted © ABAELQISHA | thedreamernotes.blogspot.com | 2013 - 2014 All Rights Reserved
Salam Maulidur Rasul
Wednesday, 23 January 2013
07:07
™
Assalamualaikum readers .
Alhamdulillah kita memasuki 12 RabiulAwal 1434h . Dan sepatutnya tarikh ini menjadi hari kebanggaan kita kerana menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W . Jadi sempena dengan hari yang mulia ini marilah bersama-sama kita menghargai perjuangan Rasulullah S.A.W kekasih Allah dalam memperjuangkan agama Islam.
Tahun 1434 hijrah ini , tema untuk Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan ialah WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH .
Ini ada serba sedikit asal usul Sambutan Maulidur Rasul. Selamat membaca.
Maulidur
Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu
juga para sahabat, tidakpernah menyambut hari kelahiran Rasulullah
sewaktu hayat Baginda. Malah
sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari
kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya
mereka pada waktu itu.
Pada
zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari
kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga
tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap
hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu.
Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah,
sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.
Tetapi
pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan
dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak
dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran
semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah
ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke
jalan benar.
Di
celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji
nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah
Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.Kemudian
kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara
yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan
perjuangannya.
Namun
untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang
lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW.
Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.Hari
itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu
taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW
yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran
Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.
Berdasarkan
sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari
ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul.
Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha
mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.
Oleh
sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh
dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah
mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan
barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping
pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan
banyak lagi.
Yang
penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati
perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah
seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua
aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak
pula melarangnya.
Pada
hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil
berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada
Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika
menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata
perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.
Sempena
sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan
kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa
kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah. Sambutan
ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir
diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan
sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang
yang hidup dengan mati.
Sambutan
hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri,
amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang
berbaki untuk hidup.Manakala
sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah
untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.
Jadi,
amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima
oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.
Copyrighted © ABAELQISHA | thedreamernotes.blogspot.com | 2013-2014 All Rights Reserved