Copyrighted © ABAELQISHA | thedreamernotes.blogspot.com | 2013 - 2014 All Rights Reserved
Eagerly
Saturday, 14 December 2013
17:35
™
Assalamualaikum and
Bila tangan dah rajin nak menaip, jadi menaip je lah kerjanya. Skin pun dah bertukar from simple kepada comel lote gitu. Sekali sekala ubah angin. Kebetulan pulak lepas subuh tu mata dah tak boleh nak tutup balik jadi isikan lah dengan aktiviti sampingan ni.
So apa yang aku nak share kali ni?
Ok kali ni aku nak sentuh sikit pasal tazkirah yang aku dengar dekat stesen larkin masa aku baru sampai jb semalam. kebetulan pulak time tu lepas maghrib. Takdir Allah supaya aku dapat dengar sikit pengisian yang cuba ustaz tu sampaikan.
Ustaz tu cerita pasal
aurat
And aku tahu benda ni satu benda yang common. Yang selalu kita dengar and kita nampak tapi kita buat apa? pekakkan telinga dan butakan mata sahaja termasuklah aku.
Salah satu ayat yang paling mudah ustaz tu bagi:
"kalau pakaian yang kita pakai masa keluar itu tak boleh dibuat solat, maksudnya kita belum sempurna tutup aurat"
Apa yang aku faham, ustaz ni kata aurat kita ((perempuan)) kan dari atas kepala hingga hujung kaki. Jadi masa kita solat kan, kita tutup semuanya. Orang yang berjalan keluar atau bermusafir kalau tak bawak telekung misalnya, boleh je solat pakai pakaian yang dipakainya asalkan menutup aurat dengan sempurna. jadi ustaz tu cuba kaitkan cara kita berpakaian kalau untuk perempuan sama ada masa solat atau masa keluar itu sama iaitu
menutup aurat dengan sempurna -- itu dari persepsi aku lah
another from ustaz tu:
-- perempuan kalau pakai tudung kena tutup dada. tapi kalau tutup dada tapi tudungnya melekat ke dada hingga nampak bentuk pun tak boleh
-- orang yang rambut pendek sibuk nak bersanggul macam bonggol unta
-- kalau boleh keluar pakai stokin sebab kaki tu aurat juga. ((even kalau belajar dekat sekolah pun aurat perempuan dari atas sampai ke hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan))
-- kalau sayang ayah, sayang suami kena jaga aurat betul2. kalau tak lelaki-lelaki itu akan dikira dayus. lelaki dayus tak boleh cium bau syurga
Ayat yang cukup mudah ustaz tu bagi. *pang kena dekat muka sendiri
Aku pun masih belum sempurna lagi lah dalam bab aurat ni. Kalau dah keluar pakai jeans mana boleh nak terus solat macam tu. memang stand by telekung je lah dalam kereta. tapi aku cuba jugaklah nak pakai baju yang labuh ((tutup punggung and longgar)). jeans pun aku pakai yang straight cut. skinny dah selamat masuk bakul. tudung masih bawal biasa tu or shawl tapi tak ada lagi
gaya takyah pin tu -- gaya sangkut dekat bahu je paling simple pun pin kiri kanan tu je. shawl tu memang sudah sedia kala labuh so alhamdulillah. dah mula pakai stokin sebab kasut tu memang selesa pakai stokin. tapi selipar tu still sarung je. bukan senang jugak sebenarnya nak ubah something contohnya imej kita. siapa je taknak jadi perempuan yang dihormati dipandang tinggi oleh semua orang. sejuk je mata memandang bila tengok senior-senior aku dulu dah bertudung labuh, ada yang berpurdah, berniqab. indah ciptaanMu ya Allah. perempuan mana yang tak teringin nak berubah ke arah macam tu. tapi bagi aku, biar one thing at one time.
One thing at one time.
((nak tutup aurat macam tu kena selaras dengan ibadah kita)) Setiap orang ni kan beza beza.
Ada orang yang mula-mula nak berubah dia start dengan tutup aurat sepenuhnya (sempurna) sebab dia rasa dengan cara macam tu automatically dia akan jaga hati and iman sebab dah pakai macam tu takkan lah boleh nak masuk club, smoking ke apa. -- contoh
ada orang yang still freehair ataupun pakai tudung tapi still biasa biasa je tapi solat tak tinggal puasa pun buat sebab belum ready nak
berpakaian-seperti-ustazah seperti yang orang kata. -- contoh
kalau fikir balik macam macam lagi orang dalam dunia ni yang nak change to something good tapi take time.
so aku dekat group mana? aku rasa yang second sebab aku still dengan gaya aku. tapi itulah iman ni kejap naik kejap turun.
Kadang-kadang orang tu susah nak change/hijrah sebab mentaliti orang sekeliling ni. Kita sudah terbiasa kalau nampak orang tudung labuh sikit mesti kata tu
budak sekolah agama, or ustazah dan sewaktu dengannya. *aku pun dulu anggap macam tu
so, kena lah kot ubah persepsi kita. dont judge a book by its cover. kulit buku tu buruk tak semestinya cerita didalamnya itu tak best and vice versa.
So, entry ni just aku nak share ilmu yang aku dapat. And aku tahu belum cukup lagi tapi as long kita nak belajar inshaaAllah ilmu tu ada dekat mana-mana. Aku cuba jugak nak menjadi lebih baik tapi macam aku cakap one thing at one time. Tak boleh nak ubah secara drastik. kena siap fizikal and mental.
So, dah panjang sangat aku membebel. Bye. xoxo.
Copyrighted © ABAELQISHA | thedreamernotes.blogspot.com | 2013-2014 All Rights Reserved