Copyrighted © ABAELQISHA | thedreamernotes.blogspot.com | 2013 - 2014 All Rights Reserved
Alhamdulillah
Friday, 22 March 2013
18:56
™
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah diri ini masih berpijak pada bumi yang nyata.
Diri ini masih lagi dapat bernafas di muka bumi ini.
Diri ini masih dapat mendengar kicauan burung yang bertebangan di langit.
Diri ini masih lagi dapat melihat terangnya sang suria yang memberikan cahaya.
Diri ini masih lagi dapat melihat langit biru yang terbentang luas.
Diri ini masih lagi dapat melihat bintang-bintang yang bertaburan dalam kepekatan malam.
Diri ini masih lagi dapat bercakapdan berinteraksi dengan baik.
Diri ini masih lagi dapat melihat ibu kucing yang terlalu menyayangi anaknya.
Diri ini masih lagi dapat cacing tanah yang cuba keluar dari 'rumahnya'.
Dan ALHAMDULILLAH diri ini masih dapat beribadat kepada Allah.
Mengenal erti jihad dan mengenang pengorbanan junjungan besar Rasulullah S.A.W.
Mempunyai keimanan yang teguh dan In shaa Allah ianya akan terus teguh dan semakin teguh.
Terima kasih Ar-Rahman kerana memberi nikmat yang cukup besar kepada kami.
Dan terima kasih Ar-Rahim kerana sentiasa menyayangi hambaMu ini.
Terima kasih wahai Rasulullah yang dicintai kerana sudah berkorban untuk sekalian umatmu.
Sanggup bergadai nyawa demi memastikan umatmu berada di jalan yang benar, agama yang indah , ISLAM.
Sesungguhnya engkau lah insan yang mulia ya Rasulullah.
Copyrighted © ABAELQISHA | thedreamernotes.blogspot.com | 2013-2014 All Rights Reserved